ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1 AM
Seksyen 101. Keterangan melalui afidavit.
Mahkamah boleh, pada masa atau sebelum perbicaraan mana-mana prosiding, memerintahkan supaya afidavit mana-mana saksi dibacakan pada perbicaraan itu jika dalam hal keadaan kes itu difikirkannya munasabah untuk memerintahkan sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.