ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 102. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya, diperlukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi maksud melaksanakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Perak Darul Ridzuan, diperlukan sebagai seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.