ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 82. Pemungutan kerana khairat.

(1) Majlis boleh memungut atau boleh mengeluarkan surat kebenaran bagi mengizinkan mana-mana orang atau kumpulan orang memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi menyokong dan menggalakkan kemajuan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara' dan boleh juga dengan surat kebenaran yang demikian itu mengenakan syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Hendaklah disifatkan menjadi syarat bagi tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa pemegangnya dan tiap-tiap orang yang diberi izin olehnya memungut wang atau lain-lain pemberian hendaklah-
(3) Wang yang dipungut mengikut seksyen ini bolehlah digunakan bagi maksud yang tertentu jika diarahkan oleh Majlis tetapi jika tiada arahan yang demikian itu, hendaklah dimasukkan ke dalam dan menjadi sebahagian daripada akaun sumber am Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.