ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 114. Mengeluarkan fatwa.

Seseorang yang memberi sebarang fatwa dengan cara lisan atau bertulis mengenai ajaran Islam atau Agama Islam selain dari fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah membuat perintah supaya fatwa bertulis itu dirampas dan dimusnahkan atau diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.