ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 40. Bila pensubahat boleh dikenakan hukuman tambahan bagi perbuatan yang disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan.

Jika perbuatan yang pensubahat itu bertanggung di bawah seksyen 39 dilakukan sebagai tambahan kepada perbuatan yang disubahati itu, dan menjadi suatu kesalahan yang tertentu, pensubahat itu adalah liable kepada hukuman bagi tiap-tiap satu kesalahan itu.

MISALAN

A
. menghasut B. supaya menentang dengan kekerasan tangkapan ke atasnya kerana makan di khalayak ramai dalam bulan Ramadhan oleh seorang penjawat awam. B., oleh sebab itu, menentang penangkapan itu. Dalam menjalankan tentangan itu, B. dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada pegawai yang menangkapnya. Oleh kerana B. telah melakukan kedua-dua kesalahan menentang penangkapan itu dan kesalahan menyebabkan dengan sengaja cedera parah itu, B. bolehlah dikenakan hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu; dan jika A. telah mengetahui bahawa B. mungkin menyebabkan dengan sengaja cedera parah dalam menentang penangkapan itu, maka A. bolehlah juga dikenakan hukuman bagi tiap-tiap satu kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.