ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 93. Menyamar dengan palsunya bagi maksud sesuatu perbuatan atau prosiding dalam sesuatu guaman.

Mana-mana orang yang dengan palsunya menyamar seseorang lain, dan sebagai orang yang disamari itu membuat apa-apa pengakuan atau kenyataan, atau mengaku menerima hukuman, atau menyebabkan sesuatu surat perintah dikeluarkan, atau menjadi penjamin atau sekuriti, atau melakukan apa-apa perbuatan lain dalam apa-apa guaman atau apa-apa dakwaan jenayah, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.