ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 19. Minit.


(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah dalam bentuk ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan minit hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Menteri dan semua ahli Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.