ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 94. Apabila kesalahan yang terbukti dimasukkan dalam kesalahan yang dipertuduh

(1) Apabila seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan yang mengandungi beberapa butiran, dan gabungan beberapa butiran sahaja mewujudkan suatu kesalahan yang lebih ringan, dan gabungan itu telah dibuktikan tetapi butir-butir yang tinggal tidak dibuktikan, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang lebih ringan itu walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.

(2) Apabila seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan dan fakta-fakta adalah dibuktikan yang mengurangkannya kepada suatu kesalahan yang lebih ringan, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang lebih ringan itu walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.