ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 177. Prosedur mengenai kesalahan dilakukan di hadapan mana-mana Mahkamah.

Jika sesuatu kesalahan sebagaimana yang disebutkan di dalam seksyen 225 dan 226 telah dilakukan di hadapan mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh mengarahkan pesalah itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah pada hari itu boleh, jika difikirkan patut, membicarakan kesalahan itu dan jika disabitkan, menghukumkan orang itu dengan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen-seksyen berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.