ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 143. Prosedur semasa pendengaran.

(1) Pada masa pendengaran rayuan, perayu hendaklah didengar dahulu bagi menyokong rayuannya, kemudian responden hendaklah didengar menentangnya dan, perayu adalah berhak untuk menjawab responden.

(2) Jika perayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya, Mahkamah boleh mempertimbangkan rayuannya dan membuat perintah ke atasnya mengikut mana yang Mahkamah fikirkan sesuai:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh menolak untuk menimbangkan atau membuat apa-apa perintah dalam hal di mana perayu berada di luar bidangkuasa atau tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dia dibenarkan dijamin, kecuali di atas apa-apa syarat yang Mahkamah fikirkan sesuai untuk mengenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.