ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 137. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila pihak merayu telah memenuhi peruntukan-peruntukan seksyen 137, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah dan kepada Pendakwa dan kepada peguam bagi pihak merayu satu salinan rekod pembicaraan yang bertandatangan dan alasan-alasan keputusan bersama dengan satu salinan notis dan petisyan rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.