ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian transaksi yang sama.

Walaupun fakta tidak menjadi persoalan tetapi jika ia mempunyai hubungan rapat dengan suatu fakta persoalan hingga menjadi sebahagian daripada transaksi itu juga maka fakta itu adalah qarinah.

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B.

Apa-apa yang diperkatakan atau dibuat oleh A atau B atau orang yang berhampiran pada masa B dipukul itu atau sejurus sebelum atau selepas daripadanya adalah menjadi qariah sebagai sebahagian transaksi itu juga.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.