ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal percubaan hendak melakukan kesalahan



Seksyen 120. Hukuman kerana mencuba melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara.

Mana-mana orang yang mencuba melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain yang bertulis dengan penjara atau denda atau dengan kedua-duanya, atau mencuba menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu membuat apa-apa perbuatan bagi melakukan kesalahan itu, hendaklah jika tiada peruntukan yang nyata dibuat di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, mengikut mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan hukuman yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh penjara yang dikenakan tidaklah boleh lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.