ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 85. Bila perbicaraan baru boleh diarahkan atau perbicaraan ditangguhkan.

Jika pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu adalah sedemikian rupa sehingga penerusan perbicaraan itu dengan serta-merta mungkin, pada pendapat Mahkamah, memudaratkan tertuduh atau Pendakwa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 84, Mahkamah boleh sama ada mengarahkan supaya diadakan suatu perbicaraan baru atau menangguhkan perbicaraan itu selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.