ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAB IX - PERUNTUKAN KHAS MENGENAl KETERANGAN SAKSI



Seksyen 125. Pemeriksaan rahsia.

(1) Pemeriksaan rahsia hendaklah dibuat dengan surat rahsia di mana Hakim menulis nama saksi yang berkenaan, pengenalan, pekerjaan dan tempat tinggalnya bagi memperkenal dan menerangkan mengenai saksi tersebut dengan jelas.

(2) Maklumat itu hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang dimeterai dan diberikan kepada orang yang dipilih untuk menjadi saksi. Sebaik sahaja maklumat itu diterima dan dibaca oleh pemeriksa saksi, dia hendaklah menulis di bawah nama saksi itu perkataan "adil" jika didapatinya saksi itu adil dan 'tidak adil" jika didapatinya saksi itu tidak adil serta menandatangani dan menghantarkan surat itu kembali kepada Hakim.

(3) Apabila surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dan tidak terdapat perkataan "adil" dari pemeriksa saksi tentang saksi tersebut, tetapi terdapat perkataan yang memberi makna tidak adil (jurh) secara nyata atau tersirat, Hakim boleh menghendaki pihak yang mengemukakan saksi tersebut supaya membawa saksi lain.

(4) Bilangan pemeriksa saksi rahsia hendaklah lebih daripada seorang sebagai langkah berhati-hati, walaupun seorang pemeriksa adalah memadai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.