ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki erti yang berlainan:

"Hakim" ertinya Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985;

"Liwat" ertinya perhubungan jenis (homosex) di antara lelaki dengan lelaki;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985[En.6/85];

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Melaka yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991[En. 5/91];

"Percubaan Liwat" ertinya perbuatan-perbuatan di atara lelaki dengan lelaki yang mendorong kepada hubungan jenis (homoseksual);

"Percubaan Persetubuhan Haram" ertinya perbuatan-perbuatan di antara lelaki dan perempuan yang mendorong kepada perzinaan;

"Muncikari" ertinya seorang yang menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah di antara seseorang perempuan dengan dengan seseorang lelaki bagi tujuan-tujuan yang menyalahi Hukum Syarak;

"Musahaqah" ertinya perhubungan jenis (lesbian) di antara perempuan dengan perempuan;

"Takfir" ertinya mengkafirkan orang Islam.

(2) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsir sesuatu perkataan, perbahasaan atau rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakannya itu untuk memberi tafsiran kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.