ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 24. Aturan urusan dan pegundian.

(1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan pada mesyuarat-mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh menentukan aturan ahli-ahli yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana ahli berhenti dari berucap dalam mesyuarat.

(3) Jika atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi Pengerusi adalah mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.