ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 127. Meninggalkan langsung isteri.


Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.