ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 172. Perintah apabila kes disemak.

Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memaklumkan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang disemak itu dengan menyatakan, jika dapatan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah atau dimaklumkan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang diperakukan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.