ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 26. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam dan Jurunikah.

(1) Raja boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju' di bawah Enakmen ini.

(2) Raja boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana mukim di Terengganu sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.

(3) Raja boleh, melalui pemberitahu dalam
Warta, melantik mana-mana anggota diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) akan mempunyai kuasa-kuasa Jurunikah bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara yang mengenainya dia dilantik sedemikian itu.

(5) Raja boleh, dengan Tauliah dan tertakluk kepada syarat-syarat yang Raja fikirkan perlu, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai, termasuklah orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2), sebagai Jurunikah.

(6) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau (5) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [
N.M.B. Bab 45].




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.