ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.
Tiada seorangpun, selain daripada mereka yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh-
(a) menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b) mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan sesuatu perkahwinan atau surat perakuan nikah yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.