ENAKMEN 19 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Fasal 55. Tatacara.

(1) Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap, pegawai yang kepadanya ia diberikan hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Ketua Penguatkuasa Agama atau Pegawai Penguatkuasa Agama.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.