ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 63. Tempoh jawatan Pegawai masjid.

(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid boleh ditamatkan melalui notis daripada Majlis.

(2) Tiada seorang pun Imam Ratib dan Pembantu Bilal boleh terus berada dalam jawatan itu selepas mencapai umur lima puluh lima tahun.

(3) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa kepada pengetahuan Majlis apa-apa kelakuan keji mana-mana Pegawai Masjid, sama ada berhubung dengan tugas-tugasnya sedemikian atau selainnya, dan untuk membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.