ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

(1) Hak seseorang isteri yang diceraikan untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh 'iddahnya atau apabila isteri itu menjadi nusyuz.

(2) Hak seseorang isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.