ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - Saksi



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan orang yang dikenali sebagai orang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali dia disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam hal keadaan yang berikut-



(5) Keterangan seorang perempuan adalah layak diterima dalam perkara yang biasa dilihat oleh seseorang perempuan.
MISALAN

(6) Di dalam perkara-perkara selain daripada yang disebut di atas, syahadah hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.