ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 101. Ucapan-ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini
----
(a)
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah payah membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(b)
apabila tertuduh itu dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia sendiri atau Peguam Syarienya, sebelum mengemukakan keterangannya, boleh menyatakan fakta kes, atau undang-undang yang dia berhasrat untuk gunakan dan memberi ulasan-ulasan yang dia fikirkan perlu di atas keterangan pendakwaan itu, dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya maka dia bolehlah mengulung kesnya;
(c)

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.