ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relief-relief Lain



Seksyen 111. Tegahan melupuskan harta sepencarian.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan-

mengeluarkan suatu perintah menegah suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang diperolehi bersama semasa perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah perlu untuk berbuat demikian.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.