ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 67. Perbuatan tidak sopan.

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Huraian 1-Seseorang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan selain daripada isterinya adalah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini.

Huraian 2
-Seseorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki selain daripada suaminya adalah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.