ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII- TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 157. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah Kadi enggan menjawab soalan yang dikemukan kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milik atau kuasanya yang dia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang dicatat dengan bertulis menghukumnya dengan hukuman penjara tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu dia bersetuju untuk disoal dan menjawab soalan itu atau menunjukkan dokumen itu. Jika dia terus enggan dia boleh diuruskan mengikut peruntukan seksyen 153 atau seksyen 155 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin dikenakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.