ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas, pemeriksaan semula.

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya adalah disebut pemeriksaan utama.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan adalah disebut pemeriksaan balas.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.