ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 51. Pentaksiran nafkah.

Pada menentukan amaun nafkah yang wajar dibayar Mahkamah hendaklah berasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak berkenaan tanpa mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang kena bayar di bawah perintah itu dan memberi perhatian kepada fakta siapakah yang lebih bertanggungjawab atas pecahbelah pernikahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.