ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS SAMAN MADIN PENGHAKIMAN



Seksyen 180. Pengeluaran notis penghakiman.

(1) Jika Mahkamah menerima permohonan di bawah seksyen 179 ia hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dalam Borang MS 47.

(2) Kecuali diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu notis penghakiman hendaklah disampaikan ke diri madin penghakiman sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk kehadiran madin penghakiman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.