ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN



Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan dan sebagainya mengenai suratan yang tidak dikemukakan.

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa suratan yang telah diminta dan tidak dikemukakan setelah notis supaya mengemukakannya diberi di bawah seksyen 53 Enakmen ini, telah disaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.