ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 103. Masjid yang tidak diluluskan oleh undang-undang.

Seseorang yang mendirikan masjid untuk sembahyang Jumaat, atau mewakaf atau dengan jalan lain menggunakan mana-mana bangunan bagi maksud atau sebagai sebuah masjid untuk sembahyang Jumaat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh, tertakluk kepada mana-mana hak pihak ketiga, memerintahkan supaya bangunan itu dirobohkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.