ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 173. Prosedur mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Mahkamah.

Apabila suatu kesalahan yang disebutkan dalam seksyen 211, 212, 213, 214, 215 atau 216 dilakukan dalam kehadiran mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh menyebabkan pesalah itu ditahan dalam jagaan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari itu boleh, jika difikirkan patut, mengambil tahu kesalahan itu dan menghukum pesalah dengan mengenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara untuk suatu tempoh sehingga enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.