ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pernyataan yang dibuat dalam Keadaan Khas



Seksyen 24. Kerelevanan pernyataan di dalam peta, carta dan pelan.

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat di dalam peta atau carta yang disiarkan yang pada amnya ditawarkan untuk dijual kepada awam, atau di dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Persekutuan atau Negeri mengenai perkara yang pada biasanya ditunjuk atau dinyatakan di dalam peta, carta, atau pelan tersebut adalah sendirinya fakta yang relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.