ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 172. Perintah apabila kes disemak

Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memaklumkan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah itu setelah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu dimaklumkan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang diperakukan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.