ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN IX - AM
Seksyen 86. Kecualian.
Sebelum Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah Seksyen 37 [
En.3/52
] Enakmen ini, Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen 1952 hendaklah dikekalkan dengan mempunyai segala kuasa Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini dan orang-orang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini adalah Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Rayuan hendaklah, masing-masingnya disifatkan sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sehingga perlantikan mereka ditamatkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.