ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 80. Mengeluar atau mengalih bahan-bahan batu menyalahi undang-undang.


(1) Sesiapa tanpa kebenaran yang sah mengeluar, mengalih atau mengangkut atau membenarkan pengeluaran, pengalihan atau pengangkutan bahan-bahan batu tanah Majlis adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang berada di dalam jagaanya atau miliknya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan-bahan batu selain daripada bentuk yang menjadikan ia sebahagian asal daripada tanah di mana ia dijumpai, hendaklah dianggap telah dikeluarkan, dialihkan atau diangkut, atau membenarkan dikeluar, dialih atau diangkut, bahan-bahan batu itu tanpa kebenaran yang sah.

(3) Sesiapa yang dihukum atas apa-ap kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan membayar kepada Majlis selain daripada denda yang dikenakan atas sabitan itu, pampasan sama nilai dengan nilai bahan-bahan batu yang terlibat dan atas apa-apa pokok yang tumbang atau rosak semasa pengeluaran bahan-bahan batu itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3) nilai apa-apa bahan-bahan atau pokok hendaklah di dalam ketiadaan keterangan di sebaliknya, mengikut apa-apa jumlah yang disahkan oleh Pegawai Tanah atau Hutan, dan apa-apa jumlah yang diperintahkan dibayar mengikut subseksyen tersebut hendaklah didapatkan seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan ke atas sabitan.

(5) Bagi maksud seksyen 78, 79 dan 80, tanah-tanah Majlis ertinya tanah-tanah yang didaftar atau diletak hak atas nama Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.