ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XI - PENZAHIRAN
Seksyen 85. Penzahiran dokumen dan fakta.
(1) Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak-
(a)
menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau afidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam miliknya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yang berkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam miliknya atau kausanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu, dan, dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulunya berada dalam milik atau kuasanya, tetapi sekarang tidak lagi berada dalam miliknya atau kuasanya; atau
(b)
mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam miliknya atau kuasanya.
(2) Jika pihak itu suatu badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, seorang pegawai badan itu boleh diperintahkan supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa dokumen.
(3) Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.