ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 24. Pengarah boleh mengarahkan pendakwaan

(1) Pengarah boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana Kaedah yang dibuat di bawahnya.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana peguambela atau peguamcara yang dibenarkan secara bertulis oleh Pengarah boleh menjalankan apa-apa jua pendakwaan seperti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.