ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia melului pemberitahuan dalam Warta.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.