ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 85. Kecualian dan peralihan.

Semua kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan- peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.