ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 191. Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan.

(1) Di dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini, satu sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan selain dari cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa-

(2) Jika pegawai penguasa penjara menyatakan di dalam mana-mana sijil yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas sijil itu adalah cap jari orang yang disebut di dalam sijil itu, sijil itu hendaklah menjadi keterangan hal yang tersebut.

(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai sahih setiap dokumen yang berupa perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai penguasa mana-mana penjara di dalam Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang dikatakan telah menandatangani dokumen itu ketika berbuat demikian ialah pegawai penguasa penjara yang disebut di dalam dokumen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.