ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 148. Ketidakhadiran responden.

(1) Jika pada masa pendengar rayuan, responden tidak hadir dan Mahkamah tidak berpuashati bahawa notis rayuan telah diserahkan dengan sepatutnya ke atasnya, Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang bertentangan atau yang membawa mudarat terhadap respoden, tetapi hendaklah menangguhkan pendengaran rayuan itu ke suatu tarikh akan datang untuk kehadirannya, dan hendaklah mengeluarkan notis yang diperlukan untuk diserahkan melalui Pendaftar.

(2) Jika penyerahan notis yang terakhir yang disebut itu tidak dapat diserahkan kepada responden, Mahkamah hendaklah meneruskan pendengaran rayuan itu tanpa kehadirannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.