ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 87. Bagaimana hak penjagaan hilang.
Hak seseorang perempuan terhadap
hadanah
adalah hilang-
(a)
jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu dan dalam hal demikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu, bagaimanapun haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b)
jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c)
jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perIu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d)
jika perempuan itu murtad;
(e)
jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.