ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 15. Mengeluarkan kebenaran berkahwin.

Tertakluk kepada seksyen 16, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 21 telah diberi, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.