ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 197. Notis hendaklah diberikan bagi pembelaan alibi.

(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah tertuduh bercadang mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima melainkan jika tertuduh telah memberikan nolis bertulis mengenainya kepada Pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada pada masa perlakuan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, berserta dengan nama dan alamat mana-mana saksi yang dia berniat untuk memanggilnya bagi maksud mcmbuktikan alibinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.