ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 69. Anggapan tentang buku, peta, dan rajah.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai Hukum Syarak atau apa-apa perkara yang ada kepentingan awam atau kepentingan am dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang kenyataan di dalamnya itu adalah fakta relevan dengan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang pada masa dan di tempat yang ianya dinyatakan telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.