ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - SAKSI
Seksyen 87. Siapa boleh memberi keterangan.
(1) Tertakluk kepada
Hukum Syara'
dan peruntukan-peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah layak memberi
syahadah
atau
baiyinah
dengan syarat mereka hendaklah sempurna akal,
baligh, adil,
mempunyai ingatan yang baik dan tidak menimbulkan tohmah.
(2) Orang yang bukan Islam layak memberi
baiyinah
bagi orang Islam jika keterangan yang diberi itu boleh diterima mengikut
Hukum Syara'.
Huraian-
(a) Baiyinah
seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima jika perlu.
(b)
Seorang yang buka Islam adalah layak memberi
baiyinah
bagi seorang bukan Islam yang lain.
(3) Orang yang tidak bersifat
adil
adalah layak memberi
baiyinah
tetapi tidak layak memberi
syahadah.
(4) Kanak-kanak yang belum
baligh
atau seorang
baligh
tetapi terencat atau tak sempurna akal adalah layak memberi
baiyinah
tetapi tidak layak memberi
syahadah.
(5) Orang yang diketahui mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau yang salah ingatan adalah layak memberi
baiyinah
tetapi tidak layak memberi
syahadah.
(6) Orang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan ada kepentingannya terhadap mana-mana pihak yang berlawan adalah layak memberi
baiyinah
tetapi tidak layak memberi
syahadah.
(7) Orang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan mana-mana pihak yang berlawanan adalah layak memberi
baiyinah
tetapi tidak layak memberi
syahadah.
(8) Seseorang itu
adil
jika dia termaklum menunaikan kewajipan agamanya, menjauhi daripada dosa-dosa besar dan tidak mengekalkan dosa-dosa kecil. Seseorang saksi itu dianggap
adil
sehingga dibuktikan sebaliknya. Jika saksi itu seorang bukan Islam dia mestilah boleh dipercayai mengikut agamanya atau kepercayaannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.